fbpx

Pinjaman peribadi koperasi adalah sejenis pinjaman tidak bercagar yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (majlis), badan berkanun dan agensi kerajaan terpilih. Koperasi yang menawarkan pinjaman koperasi adalah berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Akta 1993. Pembayaran balik pinjaman peribadi koperasi dilakukan menerusi potongan gaji melalui Biro ANGKASA. Kebanyakan pinjaman peribadi koperasi yang ditawarkan adalah berkonsep Syariah.

  1. Kaedah bayaran balik: Bayaran pinjaman koperasi dilakukan melalui potongan gaji peminjam oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara (AG). Bayaran balik pinjaman bank komersial lazimnya dilakukan melalui ‘auto debit’ atau bayaran ansuran ‘bank-in’ secara manual. Terdapat juga situasi di mana ada bank komersial yang menawarkan pilihan potongan gaji.
  2. Kriteria kredit: Kriteria kelulusan pinjaman koperasi adalah lebih mudah dan peminjam yang ada rekod negatif CCRIS/CTOS, komitmen tinggi atau disenaraikan di bawah ‘Akaun Perhatian Khas’ (SAA) berpeluang untuk dapatkan kelulusan pinjaman koperasi. Kriteria kelulusan untuk pinjaman bank komersial adalah lebih ketat di mana peminjam yang ada rekod CCRIS atau CTOS yang kurang baik (bayaran pinjaman lewat melebihi 3 bulan), komitmen tinggi, atau disenaraikan bawah ‘Akaun Perhatian Khas’ (SAA); mungkin sukar untuk dapatkan kelulusan pinjaman daripada bank.
  3. Kadar faedah: Kadar faedah pinjaman koperasi biasanya lebih rendah daripada pinjaman bank komersial di mana kaedah bayaran balik untuk pinjaman bank adalah melalui ‘bank-in’ secara manual atau ‘auto debit’. Salah satu sebab kadar faedah pinjaman koperasi adalah lebih rendah kerana kaedah bayaran balik adalah melalui potongan gaji. Selain itu, kadar faedah akan jadi yang paling rendah untuk pinjaman peribadi bank yang dilakukan melalui pemotongan gaji.
  4. Jumlah Bersih Bayaran Keluar (Payout): Biasanya pinjaman koperasi tidak membayar 100% jumlah pinjaman kepada peminjam. Kebanyakan payout pinjaman koperasi adalah antara lingkungan 80%-95%. Ini adalah selepas potongan takaful, duti setem, pembayaran balik bulanan, saham koperasi dan yuran keahlian. Selain itu, payout untuk pinjaman bank komersial adalah lebih tinggi sebab ia tidak termasuk potongan untuk saham koperasi dan yuran keahlian.
  5. Jenis pemohon: Pinjaman koperasi dikhaskan untuk penjawat awam. Permohonan pinjaman bank komersial terbuka kepada pekerja swasta, bekerja sendiri serta pekerja sektor awam. Tetapi, untuk pinjaman koperasi di mana pembayaran balik adalah melalui potongan ANGKASA, ia dikhaskan untuk kakitangan kerajaan dan pekerja GLC.

Untuk penjawat awam yang memilih kaedah pembayaran balik adalah melalui potongan gaji, anda ada pilihan untuk mohon pinjaman bank dan koperasi. Berikut adalah beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan:

Sesuai untuk mohon pinjaman peribadi bank jika:

  • Mencari pinjaman peribadi berkadar rendah dengan payout tinggi
  • Peminjam yang ada rekod pembayaran yang baik dan tiada rekod kredit negatif
  • Peminjam yang ada komitmen hutang yang rendah

 

Sesuai untuk mohon pinjaman peribadi koperasi jika:

  • Peminjam yang ada rekod kredit negatif, AKPK atau disenarai bawah Akaun Perhatian Khas (SAA)
  • Peminjam yang ada komitmen tinggi di luar slip gaji

Ya, semua pinjaman peribadi bank dan koperasi untuk penjawat awam di platform MIN Marketing berteraskan berkonsep Syariah.

Pinjaman peribadi adalah solusi yang mudah dan cepat untuk bantu anda selesaikan masalah kewangan anda.

Anda boleh mohon pinjaman bank dan koperasi untuk membuat penyatuan hutang atau ‘overlap’ pinjaman lama atau hutang mahal untuk bantu kurangkan komitmen bulanan. Anda juga boleh gunakan pinjaman koperasi untuk mula atau mengembangkan perniagaan anda, ubahsuai rumah, beli kereta atau motor, bayar yuran pendidikan, perkahwinan dan juga untuk hal-hal kecemasan.

Amaun yang anda layak untuk pinjam bergantung pada beberapa faktor seperti jumlah pendapatan anda, komitmen bulanan dan sejarah kredit. Jumlah pinjaman maksimum adalah sehingga RM250,000 bergantung pada institusi kewangan.

Namun, bayaran balik untuk pinjaman bank dan koperasi adalah melalui potongan gaji, di mana pemotongan maksimum yang dibenarkan dalam slip gaji anda adalah 60%. Oleh itu, anada hanya layak mohon pinjaman jika potongan tidak melebihi 60%.

Anda layak untuk mohon jika anda adalah seorang penjawat awam di Malaysia dan:

  • Warganegara Malaysia berumur 20 sehingga 58 tahun
  • Ada pekerjaan tetap sekurang-kurangnya 6 bulan berkhidmat di sektor awam
  • Pendapatan kasar bulanan minimum RM1,500
  • Tidak muflis dan mampu membayar balik pinjaman

Dokumen yang diperlukan adalah:

  • Salinan kad pengenalan (MyKad) (depan dan belakang)
  • Slip gaji sah terkini

Kebanyakkan pinjaman peribadi bank dan koperasi di platform Min Marketing menawarkan kadar faedah tetap, di mana ansuran bulanan adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan tanpa mengambil kira perubahan terhadap kadar asas oleh Bank Negara.

Pinjaman peribadi adalah satu jenis pinjaman tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan apa-apa jaminan atau penjamin untuk meminjam duit.

Ya, anda boleh dan ini akan membantu anda untuk rendahkan komitmen bulanan atau membolehkan anda dapatkan tunai dalam tangan tanpa meningkatkan komitmen bulanan. Jika anda membuat overlap dengan bank atau koperasi yang sama, anda tidak perlu mohon untuk dapatkan surat penyelesaian hutang.

Kelulusan pinjaman secepat 2 hari bekerja sehingga 2 minggu. Ini bergantung pada bank dan koperasi tertentu. Sebagai contoh, Koperasi Coshare dan MCCM Resources menawarkan pembiayaan seawal 5 hari bekerja.

Ya, anda boleh membuat penyelesaian awal. Kebanyakkan bank dan koperasi menawarkan rebat untuk penyelesaian awal.

Min Marketing adalah kumpulan konsultan kewangan yang terlatih dalam menguruskan pinjaman peribadi termasuk membantu peminjam mencari, mohon dan membandingkan pembiayaan yang paling sesuai mengikut situasi. Kami adalah agen sah untuk hampir 10 bank dan koperasi Malaysia yang diiktiraf di Malaysia.

Servis kami adalah 100% PERCUMA dan kami tidak akan meminta sebarang bayaran daripada pelanggan. Min Marketing mempunyai hampir 1,000 review 5 bintang daripada pelanggan kami di Google Business Page dan Facebook.